Thursday, April 27, 2017

PENGENALAN


Unit Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Muadzam Shah adalah unit sokongan akademik yang terlibat secara langsung dengan segala urusan pelajar di PMS. Bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baharu, Unit Hal Ehwal Pelajar juga membantu pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai proses Pengajaran dan Pembelajaran di Politeknik. Disamping itu program Minggu Suai Kenal pelajar juga bertujuan untuk mewujudkan suasana selesa dan harmoni sesama pelajar. Selain daripada itu juga, unit ini sedaya upaya membantu meningkatkan kebajikan pelajar disamping mengawal disiplin pelajar dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar yang memerlukan.